Tiada peralihan kerajaan negeri Sabah sehingga pagi ini, walaupun spekulasi bertiup kencang malam tadi. Sebaliknya, kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kekal sebagai Ketua Menteri.
Justeru, Mohd Shafie bakal mengadakan sidang media pada jam 10.00 pagi nanti di pejabat pejabatnya di Kota Kinabalu.
Sidang media ini diumumkan selepas susulan pengumuman Tan Sri Musa Aman bahawa beliau mempunyai kerusi majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu, menggantikan kerajaan yang diketuai Mohd Shafie.